Back

Terma dan Syarat

LAIN-LAIN PERKARA

Dilarang sama sekali pengulangan cetak atau penerbitan atau penyebaran semula bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi yang digunakan. Sebarang rakaman audio, visual, kamera atau seumpamanya TIDAK dibenarkan dan pihak kami berhak mengambil tindakan sewajarnya termasuklah tindakan undang-undang.

Pihak PRAKTIZ juga tidak membenarkan mana-mana pihak daripada mengadakan latihan seumpama ini atau menggunakan nama dan kaedah yang sama tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.

Tidak dibenarkan juga sebarang kegiatan seperti mengambil data/butiran peserta, menjual barang atau apa-apa jua aktiviti yang tidak mendapat kelulusan bertulis daripada pihak kami. Setiap usaha telah dibuat dengan tepat mewakili produk ini dan potensinya. Contoh dalam bahan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai janji atau jaminan jumlah pendapatan tertentu. Potensi pendapatan bergantung sepenuhnya kepada anda yang menggunakan produk, idea dan teknik PRAKTIZ. Tahap kejayaan anda dalam mencapai keputusan yang dituntut dalam bahan bergantung pada masa peserta menumpukan kepada program, idea dan teknik yang disebut, kewangan, pengetahuan dan pelbagai kemahiran. Memandangkan faktor ini berbeza mengikut individu, pihak PRAKTIZ tidak boleh menjamin kejayaan atau tahap pendapatan peserta. Pihak PRAKTIZ juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan anda.


© 2023 Praktiz Powered by Lekir Tech (1381659-X) . All rights reserved