Dengan modal rendah anda juga mampu mempunyai perniagaan sendiri.
Tidak semua orang bertuah dan mampu untuk mengejar atau mengikuti kemajuan teknologi yang semakin pesat seiring peredaran masa. Ini membuktikan bahawa berkemungkinan ada sesetengah golongan masyarakat atau usahawan sendiri yang terlepas pandang dan tidak didedah dengan bidang e-dagang. Oleh itu, kami di pihak LT Praktiz sangatlah berbesar hati untuk membantu anda bagi memulakan perniagaan e-dagang.
Umum sedia maklum, e-dagang atau e-commerce adalah proses membeli dan menjual produk dengan cara elektronik seperti aplikasi mudah alih dan Internet. E-dagang merujuk kepada kedua-dua runcit dan membeli-belah dalam talian serta transaksi elektronik. Ianya cukup dikenali ramai dan semakin meningkat populariti dan pengunaannya sejak pandemik Covid19 melanda menggantikan jualan secara tradisional tanpa perlu ke kedai membeli barangan keperluan dan barangan gaya hidup. E-dagang turut membolehkan orang ramai membeli dan menjual produk di peringkat global, 24 jam sehari tanpa menanggung kos tambahan untuk overhead dan lebih masa.
Kepentingan e-dagang ?
Bagi peniaga yang selama ini mempunyai kedai fizikal yang sebenar, anda akan sering dibatasi akan lokasi perniagaan dalam memberikan perkhidmatan namun kita penggunaan e-dagang yang tidak ada batasan membolehkan anda mencapai penjualan hingga ke peringkat global malahan boleh mendapatkan penjimatan kerana tidak perlu ada premis fizikal.
Perniagaan e-dagang dapat mengurangkan kos, bergantung pada strategi yang dipilih. Sebagai contohnya,untuk dropshipping, anda tidak perlu membayar ruangan untuk menyimpan stok sehingga pelanggan bersedia membelinya. Malah tidak perlu melakukan perjalanan ke premis syarikat lain bagi tujuan produk demo perniagaan B2B. Memadai dengan menghantar barang dan perkhidmatan melalui internet.
Dengan perniagaan e-dagang, perniagaan akan terus terbuka sepanjang masa dan peniaga dapat berkomunikasi dengan pelanggan hanya melalui atas talian. Sekiranya peniaga berhasrat menjual produk baru dan berbeza dari yang asal, hanya perlu di tambah apakah produk tersebut di dalam kedai talian tanpa perlu berpindah ke premis perniagaan yang lebih besar.
Mudah kan? Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai sebahagian daripada kami. Bina perniagaan anda bersama LT Praktiz !