Jangan buang masa lagi, Perbaiki softskills anda sekarang!
Salah satu cara untuk meningkatkan tahap employability anda adalah dengan mempelajari kemahiran insaniah (soft skills) secara berterusan.
Apa itu softskill?
Secara definisinya, kemahiran ini adalah merupakan sifat-sifat peribadi yang mempengaruhi cara seseorang bekerja dan berinteraksi dengan orang lain. Kemahiran insaniah ini akan memudahkan seseorang dalam membina hubungan dengan orang lain, membangun kepercayaan, dan menguatkan lagi tahap kepimpinan dalam diri mereka.
Apa yang membezakan softskills dan hardskills?
Softskills melibatkan cara pembawaan diri dan cara terbaik untuk melakukan interaksi dan komunikasi dengan orang yang terlibat. Selain itu, kemahiran ini juga berkait rapat dengan keperibadian seseorang yang dikembangkan menerusi pembelajaran berterusan. Contohya seperti kecerdasan emosi, cara pengurusan waktu, kebolehan berkomunikasi yang baik dan lain-lain.
Hardskills pula melibatkan kemampuan yang dilihat secara langsung sewaktu melakukan sesuatu pekerjaan contohnya, kebolehan pemasaran yang tajam, analisis data, mereka bentuk dan seumpamanya.
Seberapa penting softskills dalam dunia pekerjaan?
Sangat penting. Dalam dunia perniagaan lebih-lebih lagi pada zaman yang semakin ke depan seiring dengan kemajuan teknologi canggih, adalah sangat diperlukan untuk mengasah softskills dalam diri setiap pekerja mahupun kepada individu yang belum bekerja kerana kebolehan-kebolehan seperti ini lah yang akan membantu memudahkan pencarian pekerjaan mereka.
Kejayaan sesebuah perniagaan itu tidak hanya bergantung kepada kemampuan melakukan pekerjaan dengan teknik-teknik perniagaan yang berkesan namun, kejayaan itu juga ditentukan melalui cara pekerja-pekerja berinteraksi dengan pelanggan mahupun dengan rakan sekerja mereka. Melalui penguasaan softskills yang baik, pekerja akan mampu untuk memaksimumkan hardskills mereka pada masa yang sama. Kemahiran seperti mengawal dan meyelesaikan konflik, kecerdasan dari segi emosi dan fikiran, dan juga kemampuan bekerja di bawah tekanan adalah sangat penting di tempat kerja.
Bagi memastikan kemahiran ini dapat diterapkan secara bersepadu, majikan-majikan perlu mengambil tindakan yang bijak dengan mengambil inisiatif untuk menghantar pekerja mereka mempelajari secara meluas tentang pentingnya softskills dalam dunia pekerjaan. Ini adalah salah satu daripada beberapa inisiatif yang dimaksudkan. Oleh itu, Praktiz muncul memberikan solusi yang berguna kepada yang memerlukan.
Untuk itu, tunggu apa lagi? Segera dapatkan slot anda bersama Praktiz!