Jom ikuti tips bagaimana perniagaan kecil anda boleh menjadi besar!
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan khusus untuk peniaga kecil kecilan. Ramai individu beranggapan bahawa peniaga kecil kecilan tidak perlu melaksanakan strategi seperti perniagaan yang besar, di mana perniagaan besar perlu menitik beratkan tentang isu penjenamaan, pemasaran dan sebagainya. Berikut merupakan tips-tips yang boleh diterapkan agar perniagaan kecil anda boleh berkembang menjadi lebih besar. Tips yang pertama adalah berkaitan penjenamaan. Mungkin anda berpendapat bahawa penjenamaan atau “branding” adalah untuk syarikat besar sahaja tetapi anda silap. Untuk bersaing kita perlu mencari penjenamaan kita sendiri berbanding dengan pesaing kita. Sebagai contoh, Ali menjual kuih donut RM 2/5 biji di dalam beg plastik, Bella menjual kuih yang sama tetapi mempunyai jenama serta pembungkusan yang menarik, menjual dengan harga RM 2 sebiji, persepsi pembeli terhadap penjual berbeza kerana adanya penjenamaan. Seterusnya, pemasaran. Pemasaran atau “marketing’ merupakan tunjang kepada sesebuah perniagaan bagi memastikan perniagaan terus berkembang. Proses pemasaran amatlah penting kerana jika ia terhenti, perniagaan anda mungkin cenderung tidak dapat bertahan lama. Salah satu sebab utama mengapa pemasaran perniagaan itu penting adalah untuk memberitahu pengguna tentang kewujudan produk anda. Ya, sudah tentu mendapatkan pelanggan adalah matlamat utama dalam perniagaan, namun jika tiada pemasaran yang dilakukan, bagaimana pelanggan dapat mengetahui tentang produk dan servis yang anda tawarkan? Oleh yang demikian, di LT Praktiz, kami bersiap sedia untuk memberikan bimbingan serta latihan kepada anda. Untuk itu, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan bimbingan daripada jurulatih-jurulatih hebat kami!