Biar betul sekarang tak perlu lagi guna ramai pekerja untuk memulakan perniagaan?
LT Praktiz adalah merupakan sebuah usaha yang dibangunkan dan dimiliki sepenuhnya oleh Lekir Tech (M) Sdn Bhd. Usaha ini dibangunkan dengan tujuan untuk memberi pendedahan penting tentang ilmu-ilmu perniagaan yang memfokuskan kepada bidang digital. Bukan sahaja fokus kepada ‘digital marketing’ seperti e-commerce, LT Praktiz turut menyediakan modul dan latihan berkaitan soft skill, business tools dan automation. Selain daripada e-dagang yang berkembang dengan pesat hari ini, ilmu dan latihan-latihan yang berkait rapat dengannya turut membantu dalam meningkatkan lagi perkembangan sesebuah perniagaan. LT Praktiz tidak berpaksikan kepada keuntungan semata, kami juga bertanggung jawab dan berbesar hati untuk membantu usahawan-usahawan moden di Malaysia khususnya usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dalam meningkatkan nilai dan kemahiran dalam diri masing-masing.
Bidang automation mungkin tidak asing lagi pada sesetengah pihak tetapi masih ramai yang tidak mengetahui berkaitannya. Automasi juga mempunyai pelbagai kelebihan, paling digemari adalah dapat membantu kerja-kerja harian sesebuah perniagaan seperti operasi, HR, sale, marketing dan financial.
Di LT Praktiz, kami komited untuk memberi bimbingan terutama melibatkan pengurusan dan pemasaran kepada peniaga mengikut tahap perniagaan mereka. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan bimbingan secara berterusan bersama kami.